DUNIAKU
Saturday, October 9, 2010
Thursday, September 30, 2010
Resepi Ikan Jelawat Masak Lemak Cili Api Daun Kunyit
Resepi ini saya ubah suai mengikut selera saya, kalu nak cuba bole cuba, rasanya memang sedap (ikut tekak saya laaa) selamat mencuba ya...
Bahan-bahan :
1. 1 ekor ikan Jelawat 500-600gram beratnya disiang dan dibersihkan dan dipotong ikut suka sendiri.
2. 1 biji perahan santan kelapa.
3. 15 biji cili api di blander dengan 1 inci kunyit hidup.
4. 1 helai daun kunyit di kerat 2.
5. 5 batang kacang bendi.
6. 2 biji tomato potong 4.
7. 2 keping asam keping.
cara-cara memasaknya...
1. masukkan ikan ke dalam periuk bersama daun kunyit.
2. tuangkan santan dan masukkan sekali cili api dan kunyit yg telah diblender ke dalam periuk.
3. masak menggunakan api yg sederhana dan kacau perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.
4. setelah mendidih masukkan asam keping dan kacang bendi kacau seketika.. pastikan santan tak berketul ya..
5. akhir sekali masukkan tomato, garam dan serbuk perasa secukup rasa, kacau perlahan-lahan hingga 5 minit.
6. setelah yakin segalanya masak boleh la dihidangkan.
Selamat mencuba...kalu sedap bagi la respond k.
Thursday, September 16, 2010
Wednesday, September 15, 2010
Duniaku dan hobiku
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, sengaja saya menulis di sini bukan sekadar nak cari populariti tapi sekadar suka dan rasa seronok untuk bercerita serba sedikit tentang diri saya dan berkongsi pengalaman yang saya ada, terlebih dahulu ingin saya memohon maaf kiranya ada tatakata atau bahasa-bahasa yang saya taipkan ini nanti akan menyinggung perasaan kalian tika membacanya. Segala yang saya tuliskan nanti adalah hasil dari penilaian dan pandangan saya, saya harap anda semua akan faham dan kiranya ada kekhilafan saya nanti silalah tegur. Saya cuma insan biasa yang tiada kelebihan yang luar biasa.
Saya berasal dari keluarga yang agak susah la jugak, tapi masih mampu makan nasi setiap hari walaupun kadang2 tu berlaukan ikan masin sahaja, memiliki ibubapa yang penyayang walaupun kadang2 tu di rotan hingga 'birat' akibat dari kedegilanku sendiri tp aku tetap menyayangi dan disayangi maklumlah aku ni anak yang bongsu heee... abang dan dua kakakku sering mencemburuiku sebab aku sering dimanja (agaknya lah).
Walaupun aku hidup dalam serba kekurangan tapi aku gembira kerana memiliki keluarga yang ceria, masa kecilku aku didedahkan dengan kehidupan kampung yang dikelilingi kehijauan pepohonan buah2an, ayam, itik, kucing dan sebagainya. tiada kereta yang boleh sampai ke kawasan rumahku.. yg boleh sampai hanyalah basikal tua bapakku yang mengharungi denai2 kecil yang berlopak dan berlumpur, tiada kemudahan letrik dan air paip waktu itu, kalau nak mandi ada perigi.. sejuk airnya bila malam menjelma pelita jadi penerangnya, untuk memasak pula dapur kayu digunakan, memang susah waktu itu kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang.
Zaman kecil ku yang masih aku ingat mmg malu nk diceritakan..telanjang bulat ke hulu ke hilir...kadang2 berbaju tp tx berseluar, hingus meleleh, kaki berdebu..muka coreng dan macam2 lagi... susu yang aku minum masa tu susu pekat manis cap Ijazah..heee tp aku belajar tx pernah dapat Ijazah... membebankan Mak aku masa tu asyik nk kena bli susu tuu sbb aku ni kuat hisap susu ..hahahaaaa aku minum susu tu rasa aku sampai umur 3-4 tahun kot hahaaaa tx ingat...nk tau tanya kakak atau abg aku laaa...sbb diorang yg biasanya tolong bancuh susu untuk aku...Tq kak Cik. tp bila tx dapat susu jee mula laa aku terjerit terlolong kaki dihentak2 sampai nk roboh katil Mak aku masa tuu...hahahaaa. oleh kerana aku terlalu kuat hisab susu Mak aku cuba untuk menghentikan tabiat aku dari terus hisab susu, pelbagai cara digunakan antaranya menyorokkan botol susu tp semua gagal at last Mak aku terpaksa menggunakan power bomoh untuk menghentikan tabiat aku tuu dan dgn cara itu maka dgn izin Allah berjaya jugak...hu huuuuu.
Mak aku memiliki sebidang tanah sawah di sebelah baruh kampungku setahun sekali penduduk kg akan mengusahakan tanaman padi, pagi2 lagi kami sekeluarga akan turun ke sawah untuk membersihkan sawah dari rumput rampai, tanah dicangkul dan di'lunyah-lunyah' serta diratakan untuk penanaman padi. bila anak pokok padi telah ditanam selang beberapa minggu seluruh kawasan sawah akan menghijau dah cantik sekali sehinngalah padi mula terbit (berbuah) peristiwa yg masih aku ingat hingga kini ialah betapa seronoknya bila musim menuai padi...padi ynag sudah masak kuning keemasan akan dituai menggunakan alat khas menuai menggunakan tangan, apabila padi dah dituai padi akan dilonggokkan di atas tikar mengkuang dan di pijak2 untuk mengasingkan biji padi dari tangkainya, setelah itu padi di'angin'kan untuk mengasingkan hampas padi setelah itu padi dijemur kala terik mentari untuk mengeringkan padi dan seterusnya boleh disimpan berbulan bulan tanpa rosak.
HOBIKU
Hobiku diransang oleh persekitaran kampungku, kawasan berair seperti sawah, parit dan sungai adalan taman permainanku semasa kecil, dari kawasan inilah aku dikenalkan dengan makhluk yang hidup di dalam air bernama ikan. Aku amat tertarik dengan makhluk Allah yg satu ini kerana sifat lembut dan warnanya yang agak menarik dan cantik. aku selalu menangkap ikan2 kecil ini untuk dipelihara di dalam botol2 yg ada di sekitar rumahku, tp ikan ini tak mampu hidup lama kerana waktu itu aku tx tahu bagaimana mahu mengekalkan ikan itu terus hidup.
Berlanjutan dari itu aku telah didedahkan dgn bagaimana mahu menangkap ikan dengan cara yang lebih mudah, raga, tudung saji, tapis habis aku guna untuk menangkap ikan, dan dari kerakusan itu aku dirotan oleh mak aku. Minat aku tak berhenti di situ, apabila musim kemarau melanda kampungku kegiatan menangkap ikan makin aktif ini kerana longkang2 atau parit2 kecil telah kekeringan dan nampaklah ikan2 berenang di kawasan air yg cetek, apa lagi terjun laaa tangkap ikan2 tuu.
Hari demi hari minggu demi minggu jiwa aku ini terus dikuasai oleh minat yang satu ini...gelagat aku ini tanpa disedari olehku telah diperhatikan oleh arwah bapaku.Pada suatu hari ketika embun pagi masih melekat di dedaunan bapaku telah menghadiahkan aku sebatang pancing yang di buat dari bi;lah buluh yang diraut cantik sekali, tirus di hujung siap tangsi dan mata kail yg bersais kecil dan pada hari itu juga aku dibenarkan mengikut trip pertamaku memancing di sungai yg terletak tidak jauh dari rumahku.
Dari saat peristiwa itulah hobiku terus dipupuk dengan baik sehinggalah sekarang, usiaku sekarang menghampiri keangka 40 tahun, namun hobiku masih kental seperti dulu, tiada yang dapat menghalang minatku ini dan kini aku pula cuba menerapkan minat ini pada anak lelakiku pula. nampaknya tiada masalah bagiku untuk mendorong anakku ini untuk meminati hobi ini, malah perangainya kini hampir serupa dengan perangai aku semasa aku masih kecil dulu, bak kata pepatah melayu KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI.
TAMAT.....terima kasih kerna membacanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)